Isnin, 13 Julai 2009

Keistimewaan Labu Sayong

Keistimewaan Labu Sayong

Tembikar yang lebih dikenali sebagai Labu Sayong
berwarna hitam banyak terdapat di Sayong, daerah
Kuala Kangsar, Perak. Malah sebut sahaja Sayong,
maka tergambarlah keindahan bentuk seni labu yang
berwarna kehitaman. Wujudnya labu hitam ini dari
buah labu tua yang dikeluarkan isinya dan
dibersihkan sebelum dijadikan bekas untuk
menyimpan air.
Suatu masa dahulu, labu hitam adalah alat penting
yang digunakan sebagai bekas menyimpan air
minuman di majlis kenduri. Keistimewaan labu
hitam ini ialah airnya yang sejuk dan dipercayai
boleh menawarkan beberapa jenis penyakit seperti
batuk dan demam panas. Ia juga digunakan sebagai
bekas air sewaktu menziarahi tanah perkuburan.
Labu Sayong menekankan sifat semulajadi iaitu
tanah liat serta teknik penggunaan tangan. Rekaan
corak permukaannya dihiasi dengan motif alam
sekitar seperti motif bunga padi, pucuk rebung,
bunga cengkih dan juga calaran-calaran geometrik
yang harmoni.
Labu Sayong tetap dikagumi dan diminati bukan
sahaja kerana penggunaannya semata-mata tetapi
kerana keindahannya, berasaskan nilai estetika
barangan tembikar itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan